Selasa, 27 Disember 2016

BONUS DAN PANGKAT YANG AKAN DAPAT

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Apa khabar semua pembaca?Diharapkan semua sihat-sihat sahaja dan sentiasa letakkan pengharapan kepada-Nya dalam apa jua keadaan sudah mahupun senang, moga kita sentiasa berada dalam pemerhatian-Nya. Adalah tersangat rugi jika kita mengeluarkan diri daripada payung Rahmat Ilahi. Pesan yang pertama sekali untuk diri sendiri.

Baiklah, walaupun perniagaan Hai-O Marketing ini sudah dua dekad di tanah air, biarlah ana terangkan sedikit mengenai pangkat ataupun tangga-tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke puncak bersama syarikat ini. Peratus Bonus ialah jumlah pulangan balik kepada ahli berdasarkan Nilai Bonus (Bonus Value) belian yang kita buat pada bulan tertentu. Untuk mencapai sesuatu pangkat, kiraan Nilai Mata Terkumpul ( Accumulate Point Value / Total Accumulate Point Value) mestilah seperti di dalam jadual.

Pangkat (Peratus Bonus)/ Nilai Mate Terkumpul

CDM  Crown Diamond Manager (41%)/ 2 000 000 PV
DDM Double Diamond Manager (36%)/ 720 000 PV
DSM  Diamond Sales Manager (31%) /180 000 PV
SSM Senior Sales Manager (26%)/ 60 000 PV
SM Sales Manager (21%)/ 20 000 PV
P6 Pengedar 6  (18%) /12 000 PV
P5 Pengedar 5 (15%) /6 000 PV
P4 Pengedar 4 (12%)/ 4 500 PV
P3 Pengedar 3 (9%) 3 000 PV
P2 Pengedar 2 (6%) /1500 PV
P1 Pengedar 1 (3%)/ 100 PV

Ahli Biasa (Untung Runcit: Harga jual - Harga Ahli)

Untung Runcit 15- 20%
Bonus Prestasi 3% hingga 41%
Bonus Pembangunan SM 15%
Bonus Wawasan 5%
Bonus Tabung Kereta 3%
Bonus Pemisah CDM 3%

--------------------

Sebagai contoh, En. A mendaftar keahlian dengan RM 50.00 dan membeli 7 botol krim BioEver dengan harga ahli RM1596.00. Maka beliau berada di tangga P2 dengan 6% bonus untuk dinikmati pada awal bulan berikutnya.

Dua bulan kemudian, En. A membuat belian sebanyak 10 kotak bbplus dengan bayaran RM1800. Maka nilai Mata Terkumpul En. A setakat ini ialah 3396PV dimana En. A layak ke pangkat P3 dengan 9% bonus keuntungan daripada syarikat dinikmati untuk belian 10 kotak bbplus tersebut.

Disamping itu, beliau akan menikmati untung runcit sebagai seorang ahli daripada jualan BioEver RM 40.00 sebotol x 7 botol = RM 280.00 dan keuntungan tunai juga dari 10 kotak bbplus iaitu sebanyak RM 36 sekotak x 10 kotak = RM 360

Walaupun beliau tidak membuat belian bulanan secara berturutan, jumlah nilai mata beliau tetap terkumpul dan tidak terhapus KECUALI jikalau beliau TIDAK memperbaharui keahlian beliau tahun hadapan dengan bayaran pembaharuan RM35.00 (Dahulu syarikat ini menunggu bertahun-tahun untuk memansuhkan keahlian, namun sekarang tidak lagi).

--------------------

Ingin ana tegaskan, ana tidak memerlukan kalian membuat sebarang bentuk pinjaman untuk menyertai perniagaan bersama ana. Juga tidak perlu bergolok-gadai harta benda untuk bersama Hai-O Marketing. Ini di atas kesedaran ana sendiri tentang riba dan cukuplah dengan pinjaman perumahan, kereta, PTPTN dan lain-lain lagi yang perlu ditanggung.

Apa yang diperlukan ialah sekeping hati yang cekal dan telus untuk mencari rezeki.  Biarlah berdikit, asalkan kenal jerih-perih orang berniaga. Apa gunanya 'short-cut' jikalau Allah SWT tidak redha. Ana tidak mahu menjerumuskan sesiapa pula dengan tiket 'short-cut' ini dan Insha Allah, Allah SWT akan membantu usaha yang kurang 'glamour' ini.

Jikalau berkenan, ana di sini amat berbesar hati untuk berkongsi segala info dan maklumat tentang produk yang ana tahu. Pesan ana, istikharahlah dahulu sebelum kalian menyerahkan hatta RM60.00 untuk bersama ana (RM 50.00 untuk yuran keahlian pertama kali dan RM10.00 ana cas untuk dua kali pengeposan dokumen) yang berdekatan dengan ana akan ana hantar.


Sekian,

Wassalam WBT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bisnes tlc: