Jumaat, 16 Disember 2016

Berniaga online





Seperti yang telah diperkatakan di ruangan artikel tersebut,"berniagalah jika ingin kaya" dan juga pesan Rasulullah saw, '9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan". Maka berebut-rebutlah manusia untuk berniaga. Begitu juga seperti saya ketika mula-mula membuat keputusan untuk berniaga. Namun mitos paling besar dan perlu kita semua ketahuilah, bukanlah terus berniaga kita akan terus jadi kaya.

Untuk berniaga sama ada online atau pun offline, kita perlukan ilmu. Bagaimana untuk mengira margin keuntungan, pulangan balik modal sekiranya ada, bagaimana cara berniaga atau beriklan. Semua itu perlukan ilmu. Pengalaman mengajar saya, berniaga tidaklah sesenang hanya pamerkan iklan dan kemudian semua orang akan membeli produk kita. 

Saya mula berniaga secara online iaitu dengan menjadi ahli "dropshipper". Apa maksud "dropship agent"? "Dropship" ialah sebuah perniagaan yang di mana anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal terhadap produk tersebut termasuklah kos pos dan penghantaran. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuat promosi produk dan mendapat hasil untung daripada produk-produk tersebut. Pihak syarikat yang akan menguruskan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan anda. Persoalannya, adakah ianya terus untung atau kaya? Jawapannya TIDAK. Dalam sebulan, adakalanya saya tiada untung langsung, adakalanya RM 50, adakalanya RM 100. Tetapi kerana minat dan sabar melakukannya, sehingga kini saya masih kekal berniaga. Dan Alhamdulillah, kini semakin banyak ilmu yang dapat saya pelajari. 

Saya pernah berniaga produk pakaian, tudung, kecantikan, kesihatan dan gadget namun semuanya tidak mendatangkan hasil yang lumayan pun buat saya, kerana saya bermula tanpa sebarang ilmu perniagaan, apa yang saya lakukan hanyalah mengikut arus dan hentam keromo. Orang jual baju, saya jual baju. Orang jual produk kecantikan A, saya juga jual. Adakalanya saya tidak tahu pun apa khasiat serta kepentingan produk kepada pelanggan saya. Ini merupakan perkara yang tidak bagus sekiranya anda ingin berniaga terutama dengan produk kesihatan atau kecantikan. 

Sehinggalah pada tahun ini 2016 saya bertemu dengan perniagaan yang HOT iaitu Hai-o dari syarikat SHOM bawah team TOP LEADERS CIRCLE dan inilah perniagaan pertama yang saya keluarkan modal. Saya nampak potensi perniagaan ini, dan yang menariknya ialah faedah-faedah yang diberikan kepada kita sebagai ahli berdaftar. Modal yang saya katakan sebenarnya ialah yuran keahlian. Disebabkan saya tidak mempunyai modal yang banyak, saya hanya sertai keahlian Hai-o ini  hanya RM50 sahaja. Murah bukan? Dan paling menarik perhatian saya ialah dengan hanya rm50 sahaja anda mampu menjana pendapatan Rm1,000 hingga ke rm5,000. terbaiknya join team ini seminar percuma,bonus bulanan,dapat payslip gaji macam orang bekerja tu,ada tabung kereta,percuma melancong. Kini sudah hampir empat bulan saya bersama Hai-o, saya nekad ingin mengubah hidup dan team ini juga ada kelas belajar secara online. Syukur Allah perkenankan doa saya, sedikit demi sedikit saya belajar ilmu berniaga secara online dan cuba pula dapatkan momentum untuk kembali bangkit setelah beberapa lama saya tidak aktif dalam perniagaan. Mentor juga banyak mengajar saya kerana online bukan sahaja terhad di facebook tetapi kita patut perluaskan lagi di peringkat yang lain, dan yang terbaik ialah memulakan perniagaan di blog. Ianya percuma namun kita perlukan ilmu juga untuk memastikan apa yang kita lakukan itu betul. Cara mendapatkan trafik dan pengungjung yang berkualiti juga amat penting.

Jadi kepada rakan-rakan yang telah mengikuti entri ini, ini nasihat saya, jika ingin berniaga carilah mentor, belajarlah ilmu perniagaan dahulu. Namun jangan hanya belajar tetapi tidak mempraktikkan. Ingat, FAST ACTION, FAST RESULT. Dalam anda mencari ilmu, bertindaklah sekali. Jika tidak, anda membazirkan masa, dan akan banyak bertangguh. Dan ini akan jadi lebih membazir dan merugikan masa dan wang ringgit.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai perniagaan Hai-o
Ingin tahu lebih lanjut mengenai pembelajaran kelas online yang saya hadir?

Sekiranya berminat, atau ingin mencuba; 
Hubungi saya; 


01126532870 fazliana

Facebook: Liana nazeri
Instagram: liananazeri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bisnes tlc: